Tuesday, 5 July 2011

*PERCINTAAN JARAK JAUH*

  • Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dgn pasangan, kita hendaklah percaya dgn si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi  kita walaupun kita berada jauh dari dia..

  •  Setia walaupun jauh 
 Memang pelbagai dugaan yg kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan,kita akan terasa sunyi.Orang yang selalu kita jumpa , tiba-tiba kini jauh dimata. Dan apabila berjauhan ,hati menjadi sunyi,Dan pada masa inilah kwn2 jadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria ketika kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ade yang kecundang.. Ada yang bercinta degan kawan sebab terasa sunyi. Fikirkanlah, ape perasaan pasangan kita bila dapat tahu  yang kita ni tidak setia??? Dan letaklah diri kita di tempat dia.. Adakah kita akan gembira atau suka jika diri kita dibuat sedemikian?? Renung2kan lah..

  •  Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan JAUH itu sebagai alasan. CINTA perlukan komitmen. CINTA juga perlukan tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk di DUNGUN dan si gadis duduk di KL, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ade cuti yang panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, "rancanglah untuk berjumpa". Sudah pasti itu akan mengeratkan lagi hubungan dan mengurangkan rasa rindu di hati.. :)

  • Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu, kalau boleh cuba hubungi si dia bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ni anda kol dia, esk dia pula. Dengan ini barulah sama2 merasa susah dan senang ketika bersama. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan kol anda..! Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu kol anda. Memang cinta memerlukan komitmen tapi ia akan menjadi sukar jika sebelah pihak sahaja yg memberikan komitmen. Jadi sama2 lah membantu membina percintaan sebegini.. ;)

  • Jangan jadikan jarak jauh sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang susah. Memang meronta-ronta hati  bila mana rindu itu datang. Apabila kita keseorangan, sudah pasti kita terasa sangat merindukan diri nya.. Tetapi ingatlah" JANGAN JADIKAN JARAK JAUH ITU SEBAGAI PEMUSNAH CINTA ANDA" . Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan percintaan ini.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ade atau akan datang, jangan jadikan ia sebagai alasan atau halangan dalam perhubungan. Tetapi jadikan ia sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita.. Ibarat "TOPUP CINTA" r.. hehehe.. Apabila jauh kita akan merasa rindu bukan?? Jadi jauh itu bukan sesuatu yang tidak baik cuma ia merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang antara kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang "KEKASIH YANG SETIA" ... 

                                                                    


No comments:

Post a Comment